Make your own free website on Tripod.com

PENGENALAN

Asma Ul-Husna mempunyai banyak fadilat atau manfaat bagi orang yang mengamalkannya, samada manfaat di akhirat ataupun di dunia. Kadang-kadang satu nama ALLAH mempunyai dua atau lebih fadilat.

Syarat mujarabnya mengamalkan Asma Ul-Husna ini sama juga dengan syarat zikir-zikir dan doa-doa lain. Antara lain, orang yang taat dan bersih kemungkinan mujarab mengamalkan Asma Ul-Husna ini daripada orang yang fasik dan yang banyak memakan makanan yang haram.

Zikir dan doa yang diamalkan secara berterusan(istiqamah) lebih besar kemungkinan untuk mustajab daripada yang diamalkan sesekali. Mengamalkan surah Al-Waqi'ah umpamanya, orang yang membaca surah itu setiap malam akan dipermudahkan dan dimurahkan rezekinya. Kadang-kadang dibaca selama satu bulan belum namapak hasilnya, tetapi setelah diamalkan bertahun-tahun barulah nampak hasilnya.

Mengamalkan Asma Ul-Husna ini pun sebaiknya diwiridkan secara berterusan. Lagipun sekiranya belum mendapat hasil seperti yang dijanjikan, amalan atau zikir itu tidaklah sia-sia. setiap kali membacanya kita akan memperolehi pahala.

Salah satu cara memohon kepada ALLAH s.w.t. ialah menyeruNya sesuai dengan permintaan kita. Kalau kita meminta rezeki, maka kita seru Dia dengan Ya Razzaq, yakni wahai Tuhan Pemberi Rezeki. Kalau kita inginkan keselamatan, kita seru Ya Salam, ertinya wahai Tuhan Yang Memberi Keselamatan dan begitulah seterusnya.