Make your own free website on Tripod.com

ASMA UL-HUSNA

Segala puji bagi ALLAH s.w.t. yang bersifat dengan segala sifat kesempurnaan dan mempunyai nama-nama yang baik (Asma Ul-Husna). Selawat dan salam disampaikan kepada junjungan kita,Nabi Muhammad s.a.w.

ALLAH s.w.t. mempunyai nama-nama baik,yakni yang diistilahkan dengan Asma Ul-Husna. Nama-nama yang baik itu ada sembilan puluh sembilan. Al-Imam Al-Bukhari, Imam Muslim dan Tirmidzi telah meriwayatkan hadis iaitu; maksudnya:
"Daripada Abu Hurairah r.a. sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah bersabda: ALLAH mempunyai sembilan puluh sembilan nama sesiapa yang menghafalnya, maka ia akan masuk syurga. Sesungguhnya ALLAH itu ganjil(tidak genap) dan menyukai perkara yang ganjil".

Dalam hadis itu dikatakan bahawa sesiapa yang menghafalnya akan masuk syurga. Dalam riwayat lain dikatakan sesiapa yang menghitungnya akan masuk syurga.

Maksud menghitung atau menghafalnya termasuklah mengetahui erti maksud Asma Ul-Husna itu, bahkan termasuk juga menghayatinya.

Orang yang menghayati sifat-sifat ALLAH serta mendalami makna nama-namanya sudah tentu keimnannya akan kuat dan murni.
kalau imannya sudah murni tentu dia akan taat kepada ALLAH, berlindung kepadaNya dan tidak bersandar atau meminta tolong kepada selain daripadaNya, samada kepada manusia, jin atau makhluk lainnya.